6 Tips Bergaya Untuk Mereka Yang Plus Size!

6 Tips Bergaya Untuk Mereka Yang Plus Size!

Memiliki badan plus size (berbadan besar) bukanlah halangan untuk kita bergaya. Bahkan jika kena dengan gaya, biarpun berbadan plus size tetap ada aura dan berketerampilan. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dipertimbangkan dalam bergaya bagi mereka yang berbadan plus size.

Ada 6 tips yang saya ingin kongsikan, antaranya;

 

1. Pilih Fabrik Pakaian Yang Selesa Dan Sesuai

Fabrik memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan kita sentiasa rasa selesa sepanjang masa. Bagi mereka yang plus size, tidak dinafikan mereka akan mudah/cepat berpeluh. Selain itu adalah disarankan pemilihan fabrik perlulah yang jenis tidak mudah melekat di badan. 

Fabrik Oxford Office

Kebanyakkan pakaian dari Bob Rock LoveLily menggunakan fabrik Oxford Cotton. 

Material fabrik yang sangat disyorkan untuk mereka yang berbadan plus size adalah dari jenis kain cotton dan crepe. Kena elakkan penggunaan fabrik dari material lycra dan jersi. Material fabrik ini sememangnya melekat di badan.

 

2. Elakkan Corak Yang Melintang.

 

Palazzo Stripe

Koleksi Palazzo Stripe

Untuk tidak mahu badan kelihatan terlalu lebar, elakkan dari memakai fabrik yang mempunyai motif melintang. Sebaiknya pilih yang mempunyai motif menegak (vertical). Ini boleh memberi efek lebih kurus/kecil.

 

3. Corak Di Baju Lebih Minimalis.

Blaus Elina

Koleksi Blaus Elina

 

Mereka yang mempunyai badan plus size juga sering dikaitkan sebagai mereka yang bertubuh comel. Oleh yang demikian, sangat disyorkan pakaian yang digayakan tidak mempunyai corak yang besar. Contohnya seperti corak bunga, adalah disarankan corak bunga kecil.

 

Kemeja Colt Denim Marine

 

4. Boleh Mencuba Warna Terang Untuk Naikkan Mood


Memakai baju warna yang terang sebenarnya boleh meningkatkan keyakinan. Namun, konsep 'mix-match' sangat penting dalam berpakaian warna terang. Ini bagi mengelakkan pakaian yang digayakan nampak 'weird' di mata netizen. :p

 

Blaus Julia

Blaus Julia

 

Biasanya jika kita memakai pakaian di bahagian atas (top) warna cerah, maka untuk kain atau seluar disyorkan warna gelap. Namun tidak menjadi masalah jika kita memilih warna lembut, ini kerana mereka yang berbadan plus size ini memang sesuai dengan warna seperti ini.

 

Kemeja Oxford Office

Kemeja Oxford Office  

 
5. Kenali Potongan Badan Anda.


Jenis Potongan Badan Wanita

Gambar dari Google : Bentuk Badan Wanita

 

Kita kena kenali jenis bentuk badan. Untuk wanita jenis potongan apple, pear , hour glass atau rectangular (straight). Ini kerana mereka yang berbadan plus size juga mempunyai bentuk badan yang curvy. Kebiasaannya mereka yang berbadan plus size akan memilih baju yang mempunyai cutting A dan jika straight cut perlulah yang jenis longgar (loose).


Begitu juga dengan kolar baju. Mereka yang berbadan plus size sesuai memilih bentuk V berbanding U. Bagi menampakkan efek lebih kemas di bahagian leher atas. Namun demikian tidak ada memasalah jika memilih U memandangkan ramai juga mereka yang berbadan plus size memakai hijab (tidak nampak di bahagian leher).


Tubuh plus size juga akan mempunyai kelebaran bahagian pinggang. Khas untuk wanita yang gemar memakai skirt adalah sangat disarankan memilih berbentuk lurus atau bahagian pinggang yang mempunyai sedikit lipatan. Gaya skirt atau seluar panjang jenis longgar boleh memberikan efek bentuk tubuh seimbang.


Jenis Bentuk Badan Lelaki

Gambar dari Google : Bentuk Badan Lelaki


Lelaki mempunyai 5 bentuk badan iaitu oval, segi empat, segi tiga, rombus dan segi tiga terbalik. Namun untuk lelaki plus size, secara ilusinya ianya akan nampak 'bulat' dan comel. 


Sekiranya lelaki plus size mahu kelihatan kurus di bahagian peha dan betis perlulah memilih dari gaya “low-rise” ataupun jenis seluar yang melingkari di bahagian punggung. Adalah tidak digalakkan memakai seluar jean atau seluar yang ketat di bahagian perut dan jenis ketat di bahagian paha. Ini adalah kerana ianya menampakkan lelaki plus size lebih 'tembam".



6. Bergaya Dengan Aksesori
 

Aksesori Wanita
Gambar dari Google
 
Aksesori Lelaki
Gambar dari Google

 

Sebenarnya lelaki plus size sememangnya nampak sangat 'smart' memakai jaket terutama yang berbutang. Ini kerana pemakaian jaket dapat membantu menyembunyikan bentuk badan yang berkeluk-keluk. Pemilihan shades, topi, jam dan clutch juga membantu meningkatkan penampilan diri pemakai.


Biarpun apa jenis bentuk badan lelaki plus size tetapi ianya tetap nampat bulat dari mata kasar. Oleh yang demikian, baju dan seluar perlulah digosok bagi menampakkan garis lipatan yang tajam dan lurus. Ini bagi menampakkan garis ‘side’ secara visual sekaligus mengurangkan siluet bulat dengan mengalihkan fokus garis tajam daripada bentuk badan.


Apa yang penting, kita perlu menjadi diri sendiri. Apa yang kita fikir selesa dan sesuai dengan acara dan aktiviti setiap hari. Walaupun kita berbadan plus size, kita perlu juga menjaga penampilan diri. Pilih pakaian yang sesuai dan pada yang sama bijak mengatur atau membuat keputusan dalam pengayaan.

Fashion is not size-ist!


Biarpun berbadan plus size kita tetap bergaya,


Berketerampilan menarik dengan aura luar biasa!
 
Artikel Oleh:
Ayu Rafikah @ ayuarjuna.com