Bob Rock | Butik Pakaian Plus Size Menawarkan Pelbagai Fesyen Terkini dan Menarik

Bob Rock | Butik Pakaian Plus Size Menawarkan Pelbagai Fesyen Terkini dan Menarik

Bob Rock | Butik Pakaian Plus Size Menawarkan Pelbagai Fesyen Terkini dan Menarik - Nama Bob Rock agak unik, BOB biasanya nama timangan untuk mereka yang berbadan besar dan ROCK bunyinya agak cool serta sempoi. Saya ada ajukan pertanyaan kepada pengasas (founder) Bob Rock bagaimana tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan pakaian untuk mereka yang berbadan besar. Menurut Puan Lily ianya bermula apabila mereka sering mendapat tempahan (kiriman) pakaian bersaiz besar samada dari adik beradik, kawan serta saudara-mara jika bercuti ke luar negara. Melihat kepada kekerapan mendapat kiriman, memberi idea kepada pasangan ini untuk membantu mereka yang berbadan besar mendapat pakaian bersaiz besar terus dari Malaysia.
Bob Rock, butik ini terletaknya di Plaza Shah Alam. Terdapat pelbagai jenis rekaan pakaian yang versatil untuk mereka yang bersaiz besar ("chomel"). Untuk baju saiz ditawarkan adalah dari XL sehingga 6XL. Manakala untuk saiz seluar adalah dari saiz 40 sehingga 60. Apa yang menarik saiz besar yang diperkenalkan sememangnya mengikut potongan dan saiz orang Asia yang bersaiz besar dan tidak terlalu tinggi.  Jadi potongan baju memang terletak cantik di badan.
Begitu juga dengan kualiti fabrik yang terbaik dan bersesuaian dengan cuaca Malaysia. Kain cotton sentiasa menajdi pilihan kerana materialnya yang tidak panas dan selesa dipakai seharian. Selain daripada fabrik, pelanggan pasti akan tertarik juga dengan rekaan dan corak pakaian yang diperkenalkan. Sederhana namun tetap cantik terutama corak di atas fabrik yang 'evergreen'  tidak telan dek zaman.
Butik Bob Rock mula dibuka pada akhir tahun 2013 dan pada ketika itu hanya pakaian lelaki sahaja yang ditawarkan. Bermula dengan checker shirt yang dibeli secara pukal dan kini semua pakaian di Bob Rock adalah dihasilkan sendiri. Bermula dari rekaan pakaian, pemilihan warna fabrik, material, jahitan, pemasaran serta jualan. Sekaligus menjadikan pakaian yang ditawarkan begitu esklusif serta terhad.
Atas permintaan dari pelanggan-pelanggan setianya, Bob Rock turut menawarkan pakaian wanita bersaiz besar di bawah jenama Lovely Lily.  Sekaligus memberi peluang kepada kaum wanita bersaiz besar mendapatkan baju-baju yang cantik dan menarik untuk digayakan. 
Selain daripada pakaian harian (everyday wear), Bob Rock turut menawarkan pakaian yang sesuai untuk ke pajabat, pakaian tradisi seperti baju melayu, baju kurung, kurta dan pelbagai lagi. Pelanggan bukan sahaja boleh datang ke butik di Shah Alam untuk membeli, bahkan mereka juga boleh mendapatkannya melalui pembelian dari laman web www.bobrocklovelily.com.my . Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan :-)
Promosi Bersempena Hari Raya Haji 2020
Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Butik Bob Rock ada menawarkan pelbagai pilihan baju melayu, baju kurang serta kurta. Warna-warna yang diperkenalkan semuanya cantik serta menjadi kegemaran terkini begitu juga dengan material fabrik yang kebanyakannya adalah daripada cotton offord.
Antara menjadi pilihan saya adalah Kurta Adam V2 Relax Fit Short Sleeve. Potongan baju yang sangat cantik, kemas dan selesa. Sesuai digayakan di hari raya mahupun untuk bertandang ke rumah rakan dan saudara. Padankan dengan seluar potongan lurus ataupun jeans. Bergantung kepada citarasa samada inginkan lebih keselesaan ataupun sesuai dengan gaya yang dimahukan.

Close up bahagian tepi/sisi baju.
Selain kurta berlengan pendek, turut ditawarkan adalah kurta berlengan panjang. Boleh dapatkan 
Kurta Adam V2 Relax Fit Long Sleeve di laman web ataupun walk-in sahaja ke butik ya!
Baju tradisi tidak pernah dilupakan :-) Jadi boleh dapatkan juga baju melayu dari laman web ataupun di butik. Baju melayu juga di tawarkan pada harga cukup istimewa dengan pelbagai pilihan warna.
Saya sendiri telah dapatkan Kurta Raihan 2 Pocket Long Sleeve khas untuk suami tercinta. Ada 3 warna yang ditawarkan iaitu hitam, biru dan merah.
Terdapat juga Kurta Yunus yang boleh digayakan pada hari raya mahupun untuk dijadikan pakaian kasual dan ke tempat kerja.
Memang rambang hendak membuat pilihan. Semuanya cantik di pandangan mata. Untuk koleksi tertentu ada juga diberikan diskaun penghabisan stok. Lebih seronok sebenarnya kalau datang ke butik dan pilih sendiri dari sana.
Terdapat juga baju kurung moden untuk kaum wanita. Koleksinya terhad tau! Siapa cepat dia dapat :-)
Untuk keterangan lanjut boleh layari,
*Promosi Hari Raya Haji akan bermula dari 24 Julai sehingga 2 Ogos 2020. Lebih banyak korang membeli, lebih penjimatan akan diberi (berganda-ganda).

Nantikan entri seterusnya koleksi pakaian kasual (everyday wear) dari Bob Rock. Saya akan kongsikan apa yang menarik dari koleksi ini.
Stay tuned!
Karangan: