Butik BOB ROCK | Gedung Pakaian Bagi Mereka yang Bersaiz Comel ‘PLUS SIZE’

Butik BOB ROCK | Gedung Pakaian Bagi Mereka yang Bersaiz Comel ‘PLUS SIZE’

Hi Korang, 
Setiap kali kaklily berOOTD pasti ramai akan bertanya di mana kak lily dapatkan baju-baju yang kak lily nieh. Memang kak lily ada favourite butik yang menjual pakaian ‘plus size’ ini tapi harganya ermm masyallah, seriously kak lily kena simpan duit 2-3 bulan untuk membeli belah pakaian ‘plus size’ ni. Itulah kalau fikir balik menyesal plak tak jaga makan lepas kahwin kan huuhuhu.. 
Tapi tak per, kak lily redha dengan ketentuannya huahaua itulah siapa suruh makan banyak lagi kan kan kan 
Bila Mr Big duk sibuk-sibuk citer ada butik ‘plus size’ yang menjual pakaian lelaki dan wanita pada harga tak masuk dek akal ni haruslah kak lily excited. Maklumlah ktorang menghadapi masalah yang sama, geng saiz comel kan, tapi dari hari ke sehari nak ke butik Bob Rock yang terletak di Plaza Shah Alam ni. 
Sebab Mr Big tak de masa, so kak lily heretkan acik kols Yupikoh ni ke sini, dekat dengan rumah dia kan so paksa dia suruh teman hah sabtu lepas. 
Kalau korang nak tau yang Butik Bob Rock ini mula dibuka pada akhir tahun 2013 dan pada ketika itu hanya pakaian lelaki sahaja yang ditawarkan. Bermula dengan checker shirt yang dibeli secara lambak dan kini semua pakaian di Bob Rock adalah dihasilkan mengikut idea sendiri. Bermula dari rekaan pakaian, pemilihan warna fabrik, material, jahitan, pemasaran serta jualan. Sekaligus menjadikan pakaian yang ditawarkan begitu esklusif serta terhad. 






Bayangkan kalau satu design tuh hanya 10 helai di keluarkan mengikut saiz tertentu, mana tak esklusif kan!! 
Atas permintaan dari ramai khususnya dari pelanggan setianya, Bob Rock turut menawarkan pakaian wanita bersaiz besar di bawah jenama Lovely Lily. Sekaligus memberi peluang kepada kaum wanita bersaiz besar mendapatkan baju-baju yang cantik dan menarik untuk digayakan. 




Memang betul-betul cantik tau! 
Selain daripada pakaian harian (everyday wear), Bob Rock turut menawarkan pakaian yang sesuai untuk ke pejabat, pakaian tradisional seperti baju melayu, baju kurung, kurta dan pelbagai lagi. Para pelanggan bukan sahaja boleh datang ke butik di Shah Alam untuk membeli, bahkan mereka juga boleh mendapatkannya melalui pembelian dari laman web www.bobrocklovelily.com.my . Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan. 

Promosi Bersempena Hari Raya Haji 2020 




Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Butik Bob Rock ada menawarkan pelbagai pilihan baju melayu, baju kurang serta kurta. Warna-warna yang diperkenalkan semuanya cantik serta menjadi kegemaran terkini begitu juga dengan material fabrik yang kebanyakannya adalah daripada cotton oxford 
Kak lily suka jugak design Modern Kurta ni, tampak ringkas dan kemas bila di gayakan oleh lelaki-lelaki comel di luar sana. Bukan setakat boleh di pakai semasa hari raya malahan pada setiap hari jumaat ke pejabat sebagai pengganti baju melayu. 
Promosi Hari Raya Haji akan bermula dari 24 Julai sehingga 2 Ogos 2020. Lebih banyak korang membeli, lebih penjimatan akan diberi (berganda-ganda).
Nanti kak lily tunjukkan beberapa koleksi ‘everyday wear‘ dari Bob Rock dan pastinya korang akan teruja nanti melihatnya 
Untuk pembelian secara online, boleh dibuat di:- 
 
ktorang dah shopping dah, korang bile lagikk
Boleh singgah ke Butik Bob Rock and LoveLily untuk mencuba pakaian-pakaian ini. 
.
Bob Rock LoveLily
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.
+603 - 5513 3588 (Shop)
+6011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ) 
.
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
.
Facebook : 
.
Instagram :
.
.
Karangan:-
.
Cik Lily Putih
.