Oxford Cotton - Fabrik Pilihan Mereka Yang Berbadan Besar

Pertamanya, apakah fabrik 'Oxford Cotton'?

Secara umumnya 'Oxford Cotton' adalah fabrik yang diperbuat daripada proses penyilangan dua benang kapas hingga membentuk jalinan menyerupai pixel seperti dalam sebuah gambar. Menarikkan?

Pasti abam & sis perasan tak fabrik 'Oxford Cotton' menjadi antara fabrik pilihan utama kami untuk membuat pakaian-pakaian saiz besar berjenama Bob Rock LoveLily (BRLL). Kenapa eh?


TAHAN LASAK

Rasa kain ini tidaklah sehalus kain lain tetapi ianya lebih 'durable' atau tahan lasak berbanding jenis kain lain. Sesuai dijadikan kemeja kasual, pejabat dan kurta yang dipakai harian


MUDAH DIBASUH

Kain 'Oxford Cotton' juga lebih mudah dibasuh dan dikeringkan tanpa rasa risau kain mudah rosak atau mengecut. Kalau ada mengecut pun sedikit sangat berbanding jenis kain-kain lain diluar sana.


SERAP PELUH

'Oxford Cotton' ini serap peluh dan sangat selesa dipakai untuk cuaca seperti Malaysia. Bak kata pelanggan kami, 'Sejuk ketika cuaca panas. Nyaman ketika cuaca sejuk'. Aha!!! Abam & Sis seorang yang kuat berpeluh? Tak perlu risau, pilih sahaja pakaian-pakaian bersaiz besar kami yang rata-ratanya diperbuat daripada fabrik 'Oxford Cotton'. 

 

LAGI LAMA PAKAI, LAGI BEST FEEL BRO!

Kain 'Oxford Cotton' yang berkualiti tinggi akan rasa lebih lembut dan lagi sedap dipakai bila lagi berusia kain itu! Kan itu lebih baik. Lagi berusia satu kemeja atau kurta itu, lagi sedap ianya dipakai. 


Oleh itu, tidak hairanlah kalau kebanyakkan pakaian bersaiz besar Bob Rock LoveLily seperti kemeja kasual, kurta, kemeja kerja untuk lelaki & wanita diperbuat daripada kain 'Oxford Cotton' ini. Ini adalah kerana kami di Bob Rock LoveLily sangat mementingkan keselesaan & kepuasan pelanggan kami. 

Menang membeli, puas memakai! Betul tak?


Tak percaya? Apa kata abam & sis try satu hari ini.

Oxford cotton