Tips Memilih Warna Pakaian Mengikut Tona Warna Kulit

Tips Memilih Warna Pakaian Mengikut Tona Warna Kulit.

Pemilihan warna baju sangat penting untuk memastikan penampilan anda kekal elegan dan menawan. Tona warna kulit yang dipadankan haruslah sesuai supaya boleh menonjolkan keanggunan diri, secara tidak langsung menyerikan aura anda.

 

  1. Kulit Putih Atau Cerah.

Individu yang berkulit putih atau cerah beruntung kerana amat mudah untuk mereka mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Individu seperti ini boleh menyerlahkan diri mereka dengan menggunakan warna yang ceria dan terang. Individu ini boleh mengenakan warna hijau pucuk pisang, merah dan hitam. Sebagai contoh, Bahamas Foresta berwarna hijau dan Dahlia Dress Plain berwarna hijau amat sesuai dengan individu berkulit putih atau cerah. Warna-warna tersebut lebih menarik dan rileks dengan orang yang berkulit putih dan cerah. Jika boleh, elakkan memakai warna pastel seperti coklat dan biru muda. Hal itu akan menyebabkan kulit mereka kelihatan pucat dan tidak sihat.

 Kemeja Saiz Besar Bahamas Foresta Dress Saiz Besar Dahlia Dress Plain

Kemeja Bahamas Foresta & Dahlia Dress Plain 

 

  1. Kulit Sawo Matang.

Kebanyakan orang Malaysia mempunyai kulit sawo matang. Dalam Bahasa mudahnya, kulit orang Melayu. Individu yang mempunyai kulit sawo matang ini lebih sesuai menggayakan pakaian yang berwarna kuning dan hijau. Bahamas Rio dan Camelia Leaf sangat sesuai dengan individu yang berkulit sawo matang. Warna-warna seperti itu akan membuat mereka nampak lebih menyerlah. Elakkan menggunakan pakaian seperti warna kelabu kerana ia akan membuatkan individu tersebut kelihatan kusam dan tidak bermaya. Faktor warna kepada seseorang individu amat penting untuk membentuk personaliti diri sendiri.

 Kemeja Saiz Besar Bahamas RioCamelia Leaf

Kemeja Bahamas Rio & Blaus Camelia Leaf

 

  1. Kulit Gelap Atau Hitam Manis.

Individu yang berkulit gelap atau hitam manis biasanya mempunyai masalah kurang keyakinan dengan diri sendiri. Mereka akan sentiasa memakai pakaian dengan warna yang sama secara berulang. Individu dengan tona warna kulit seperti ini boleh menggunakan pakaian yang berwarna cerah dan ceria. Warna seperti merah jambu, biru laut, putih dan coklat amat sesuai jika dikenakan oleh individu ini. Aurora Shirt dan Oxford Office berwarna maroon amat digalakkan untuk individu yang berkulit gelap atau hitam manis. Cuba elakkan menggunakan pakaian berwarna hitam dan maroon kerana ia akan membuatkan kalian ternampak lebih gelap.

 Oxford Office Aurora Shirt

Kemeja Oxford Office & Kemeja Aurora 

 

Akhir kata, semua individu mempunyai tona warna kulit yang berbeza. Semuanya serba serbi cantik. Jadi, sayangilah diri anda.

 

Oleh:-

Nurul Awanis Muridan